TEA TREE E.O SUTRA

Minyak Pati (Essential oil (EO)) TEA TREE dihasilkan daripada daun Melaleuca alternifolia, iaitu tumbuhan yang banyak terdapat di Australia. Jangan keliru dengan Tea Tree dengan Pokok Teh kerana ia sememangnya berbeza, 2 spesis yang jauh berbeza.

Secara tradisi, Tea Tree banyak digunakan sebagai penyembuh penyakit kulit. Di zaman moden, Tea Tree masih banyak digunakan di dalam krim-krim penjagaan kulit, penjagaan diri dan disinfeksi. Kandungan fitokimia utama EO Tea Tree adalah Terpineol.

E.O Tea Tree mempunyai pelbagai fungsi dan kebaikan lain seperti:

1. Merawat Jerawat dan Penyakit Kulit lain.
Mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antiradang (anti-inflammatory) yang membantu membasmi jerawat dan radang kulit yang lain seperti eczema dan psoriasis. [W, M].

2. Melawan Bakteria, Kulat dan Virus.
[ ] Kajian menunjukkan EO Tea Tree berkesan dalam merencat pertumbuhan bakteria E. coli, S. pneumoniae and H. influenzae yang boleh menyebabkan jangkitan serius seperti pneumonia, jangkitan di saluran kencing, salur pernafasan, sinus, darah dan impetigo (tanda kemerah-merahan di muka dan mulut bayi). [W, M, D, I]
[ ] Menghalang pertumbuhan kulat seperti Candida albicans yang boleh menyebabkan masalah keputihan, kulat kuku, ‘athlete’s foot’ dan kurap. [W, M]
[ ] Kajian juga menunjukkan kandungan Terpineol mampu melawan virus herpes dan influenza. [W, M, D]

3. Merawat Scabies
Dengan kandungan Terpineol yang tinggi, EO Tea Tree membantu menyembuhkan scabies samada di atas atau di bawah kulit. [W, M, S].

4. Mempercepatkan Penyembuhan Luka
EO Tea Tree membantu mengurangkan radang dan meransang aktiviti sel darah putih untuk mempercepatkan penyembuhan luka. [W, M, S].

5. Membantu Membasmi Kutu Kepala
E.O Tea Tree sangat berkesan membasmi kutu beserta telurnya sekali. [W, M]

6. Nyahbau Badan (Deodorant)
E.O Tea Tree membantu membendung pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau busuk di kawasan yang tertutup dan berpeluh seperti di ketiak dan celah kelengkang [S]

7. Pembersih Pelbagai Guna
Disebabkan E.O Tea Tree berkesan sebagai membasmi kuman, maka ianya sesuai digunakan sebagai pembersih di dalam bentuk semburan yang boleh digunakan di sebarang permukaan seperti di dapur, ruang tamu, di dalam kereta dan pejabat.

*Cara Penggunaan:*

I : Inhale (hidu)
D : resapan (diffuser)
W : teknik air (water)
S : semburan (spray)
M : sapuan (massage)

*[i, d]* : hidu secara terus dari botol atau gunakan alat seperti diffuser, ceramic burner, potpurri atau titis pada tisu dan hidu. Titiskan mengikut kesesuaian (cadangan: antara 3-5 titis).

*[m]* : Campurkan 3-5 titis pada minyak asas (minyak sayur) seperti minyak kelapa, minyak bunga matahari, minyak zaiton dan jojoba.

*[w]* : bergantung pada tujuan dan tempat untuk digunakan.
Jika di muka: campurkan 3-4 titis ke dalam 1L air, dan cuci ke muka.
Jika di kaki : Campurkan 4-5 titis ke dalam 5L air dan gunakan untuk cuci atau rendaman kaki.

*[S]* : campurkan 1-2 titis ke dalam 500ml air suam, masukkan dalam botol spray dan sembur ke badan atau ruang udara.

Untuk mendapatkan E.O Tea Tree ini, anda boleh layari http://sutra.com.my/product/sutra-tea-tree-oil/ atau hubungi 0193537694 dan 0193507553 untuk kami dekatkan anda dengan pengedar-pengedar kami yang mungkin berdekatan dengan anda.

#sutra #sutramemangbest #yourscentsoflife #essentiaoils #teatreeoil

http://www.sutra.com.my

Advertisements

CINNAMON E.O

KAYU MANIS (CINNAMON LEAF) E.O SUTRA

Kayu Manis (Cinnamomum verum dan Cinnamomum zeylanicum) banyak terdapat di negara Sri Lanka, India, Indonesia, Myanmar dan Malaysia. Kayu manis terkenal dengan kulit kayunya yang banyak digunakan di dalam masakan di seluruh Dunia. Selain itu, Kayu Manis juga terkenal dengan minyak patinya (Essential oil, (E.O)) yang dihasilkan daripada kulit dan daunnya.  E.O Kayu Manis kaya dengan kompoun fitokimia yang mempunyai pelbagai kebaikan seperti cinnamaldehyde, eugenol, linalool dan benzyl benzoate.

Antara kebaikan E.O Kayu Manis adalah:

  1. Mengawalatur Pengedaran Darah

Kayu Manis E.O mengandungi kompoun pencairan darah yang meningkatkan peredaran darah. Peredaran yang bagus akan mengurangkan sakit dan membawa lebih banyak oksigen [M]

 

  1. Anti-Radang (Anti-inflammatory)

Cinnamon E.O mengadungi ejen Anti-Radang yang kuat, dan ini membantu mengurangkan kekejangan otot dan sendi. Sesuai untuk mereka yang terutamanya mengalami arthritis.[M]

 

  1. Antioksida (Antioxidant)

Mempunyai ciri-ciri antioksida yang sangat tinggi dan sesuai untuk menyingkirkan radikal bebas yang menyebabkan masalah sakit kulit dan jerawat. [M, W]

 

  1. Mengatasi masalah pernafasan.

Kayu manis E.O membantu mengurangkan kesesakan di salur pernafasan dan ini mampu melegakan maslaah selesema, sakit tekak dan sesak nafas. [I, M]

 

  1. Meningkatkan fungsi otak

Merupakan Tonik otak yang terbaik. Bukan sahaja meningkatkan fungsi dan aktiviti otak, malah membantu mengurangkan stress, kebimbangan dan kehilangan memori. [I, M]

  1. Membantu mengurangkan berat badan

Kandungan cinnamaldehyde mengaktifkan tindakbalas termogenik dan metabolik sel lemak (membakar lemak). [M]

  1. Anti-Kulat

Mempunyai aktiviti antikulat dan antimikrobial terhadap strain kulat seperti Candida albicans, yang kerap menyebabkan maslaah kulat kuku dan keputihan. [M,W]

  1. Mengurangkan masalah rambut

Kandungan eugenol and cinnamaldehyde yang tunggi membantu mengurangkan pelbagai masalah rambut termasuklah masalah kelumumur dan kegatalan. [M,W]

Cannelle

Cara Penggunaan:

PERHATIAN: DILARANG MENGGUNAKAN EO KAYU MANIS SECARA TERUS KE KULIT

*[i, d]* : hidu secara terus dari botol atau gunakan alat seperti diffuser, ceramic burner, potpurri atau titis pada tisu dan hidu. Titiskan mengikut kesesuaian (cadangan: antara 2-3 titis).

*[m]* : Campurkan 2-3 titis pada minyak asas (minyak sayur) seperti minyak kelapa, minyak bunga matahari, minyak zaiton dan jojoba.

*[w]* : bergantung pada tujuan dan tempat untuk digunakan.
Jika di muka: campurkan 2-3 titis ke dalam 1L air, dan cuci ke muka.
Jika di kaki : Campurkan 2-3 titis ke dalam 5L air dan gunakan untuk cuci atau rendaman kaki.

Untuk mendapatkan E.O Cinnamon ini, anda boleh layari http://sutra.com.my/product/sutra-cinnamon-leaf-oil/ atau hubungi 0193537694 dan 0193507553 untuk kami dekatkan anda dengan pengedar-pengedar kami yang mungkin berdekatan dengan anda

#sutra #sutramemangbest #yourscentsoflife #essentuialoils #cinnamonoil

http://www.sutra.com.my

 

CITRUS LIME E.O SUTRA

CITRUS LIME E.O SUTRA

Citrus Lime (Citrus microcarpa) merupakan spesis citrus yang terdapat banyak di Malaysia. Citrus Lime atau nama tempatan dipanggil Limau Kasturi (Kalamansi) banyak digunakan di dalam masakan dan minuman, terutamanya buahnya. Tetapi adakah anda tahu bahawa terdapat minyak pati (Essential oil (E.O)) di dalam daun dan ranting halusnya. E.O dihasilkan secara teknik Penyulingan. Minyaknya tidaklah mempunyai bau limau tetapi lebih kepada sedikit manis dan berunsur kayu-kayuan yang sesuai untuk dijadikan Cologne.

E.O Citrus Lime mempunyai pelbagai fungsi dan kebaikan lain seperti:

1.Perapi Rambut (Hair Conditioner)
Kandung Linanool dan limonene di dalam EO berkebolehan menyegar dan menyingkirkan minyak di rambut yang dihasilkan di kulit kepala. [W]. Boleh juga digunakan dengan mencampur air atau campur dengan shampoo lain.

2.Menghalang dari keguguran rambut (botak) di kalangan lelaki
Kandung Linanool dan limonene di dalam EO juga mampu MERENCAT penghasilan 5-alpha – reductase (hormon yang menyumbang kepada botak). Reductase terhasil apabila hormon testosterone terhasil di bawah kulit kepala. Penghasilan reductase mampu menghalang folikel rambut dari menerima nutrisi dan seterusnya menyebabkan akar rambut lemah dah tercabut. [W, M, S].

3. Penjagaan wajah terutama kulit berminyak.
♡ Bersifat antimikrobial dan antiseptik yang menjadikannya sangat sesuai untuk mencegah jerawat. [W, S]
♡ Kandungan Antioksidan di dalam E.O Citrus lime juga menyingkirkan lebihan minyak sebum yang mungkin terbentuk di kulit wajah dan juga membantu menyingkirkan sel kulit mati kesan dari tindakan radikal bebas. [W, S]

4. Membantu membaiki sistem Pencernaan
Mengandungi ciri-ciri Anti-kekajangan semulajadi (natural antispasmodic) yang membantu mengurangkan sakit dan kekejangan perut sekaligus melonggarkan otot dan tisu perut yang bertanggungjawab dalam melakukan pencernaan. [M].

5. Merencat selera makan, maka sesuai digunakan untuk tujuan mengurangkan berat badan. *[M]*
Bagaimanapun perlu mendapatkan nasihat doktor agar tidak memudaratkan diri.

6. Menenangkan Emosi
Kandungan Ester yang tinggi seperti Linalyl acetate dan terpenoid seperti Linalool menjadikan E.O Citrus Lime lebih tenang sekaligus menenangkan perasaan dan emosi. [I]

7. Antibiotik semulajadi
Mengandungi sebatian kimia tumbuhan yang merupakan antibiotik yang kuat seperti linalool, linalyl acetate yang membantu menguatkan sistem imunisasi dan juga mencegah luka dari terkena jangkitan kuman. [I, M, W].

9. Nyahbau (Deodorant)
Mempunyau bau yang segar dan menenangkan menjadikan E.O Citrus Lime banyak digunakan sebagai semburan badan seperti cologne. E.O ini membantu membendung pertumbuhan bakteria di kawasan hangat badan, tertutup dan berpeluh [S]
Calamondin or citrus microcarpa. Local south east Asian called i
Cara Penggunaan:

*[i, d]* : hidu secara terus dari botol atau gunakan alat seperti diffuser, ceramic burner, potpurri atau titis pada tisu dan hidu. Titiskan mengikut kesesuaian (cadangan: antara 3-5 titis).

*[m]* : Campurkan 3-5 titis pada minyak asas (minyak sayur) seperti minyak kelapa, minyak bunga matahari, minyak zaiton dan jojoba.

*[w]* : bergantung pada tujuan dan tempat untuk digunakan.
Jika di muka: campurkan 3-4 titis ke dalam 1L air, dan cuci ke muka.
Jika di kaki : Campurkan 4-5 titis ke dalam 5L air dan gunakan untuk cuci atau rendaman kaki.

*[S]* : campurkan 1-2 titis ke dalam 500ml air suam, masukkan dalam botol spray dan sembur ke badan atau ruang udara.

Untuk mendapatkan E.O Citrus Lime ini, anda boleh layari http://sutra.com.my/product/sutra-citrus-lime-oil/ atau hubungi 0193537694 dan 0193507553 untuk kami dekatkan anda dengan pengedar-pengedar kami yang mungkin berdekatan dengan anda

#sutra #sutramemangbest #yourscentsoflife #essentuialoils #citruslimeoil

http://www.sutra.com.my

PATCHOULI ESSENTIAL OIL

Patchouli (Pogestemon cablin) atau dalam bahasa Melayu dipanggil Nilam merupakan tumbuhan berdaun lebar dari keluarga Labiate. Milan banyak terdapat di Malaysia, Indonesia dan India.

Pati minyak (Essential Oil (E.O)) dihasilkan secara sulingan ke atas daun-daun keringnya. Komponen utamanya adalah Patchouli alcohol (Patchulol) and Sesquiterpene seperti Patchoulene. E.O ini banyak digunakan di dalam industri perfume di seluruh dunia sebagai note asas ‘base note’.

E.O Patchouli mempunyai pelbagai fungsi selain sebagai bahan asas minyak pati. Antara kegunaannya adalah:

1. Anti-depressi *[i,d,w]*

Menghidu E.O Patchouli akan menggalakan pengeluaran hormon serotonin dan dopamine yang akan mengawal perasaan marah, bimbang dan tertekan.

2. Anti Radang (Anti-inflammatory) *[m,w]*

Kandungan Patchoulene yange tinggi memberikan E.O Patchouli bersifat antiphlogistic iaitu melegakan sebarang radang (inflamasi) yang berlaku di dalam badan seperti arthritis dan gout dan juga yang berlaku diluar badan, pada kulit terutamanya seperti iritasi dan jangkitan.

3. Antiseptik *[m,w]*

Melawan jangkitan kuman yang mungkin terdapat pada luka serta jangkitan kulat seperti ‘athletes foot’.

4. Meransang hormon *[i,d,m]*

Telah digunakan secara tradisional sebagai ejen afrodiasiak (aphrodiasiacs) yang akan meransang pengeluaran hormone testosterone and estrogen untuk meningkatkan tenaga dan libido. Ianya juga telah sekian lama digunakan sebagai remedi semulajadi untuk ‘impotency dan erectile dysfunction’.

5. Meminimakan parut-parut kecil seperti parut jerawat, luka, ‘chicken pox’ serta kesan gigitan serangga. *[m,w]*

6. Mengurangkan masalah Insomnia *[i,d]*

E.O Patchouli bersifat sedatif, maka ia membantu anda untuk tidur nyenyak.

7. Ejen Diuretik (Deuretic) semulajadi *[m]*

E.O Patchouli meningkatka kekerapan untuk kencing dan ini merupakan salah satu cara untuk badan kita menyingkirkan lebihan garam, asid urik dan toksin-toksin lain sekaligus menyihatkan buah pinggang dan hati.

8. Menguatkan Rambut dan menegangkan kulit [m,w]

E.O Patchouli meransang kontraksi otot, dengan ini dapat menghalang keguguran rambut dan kekedutan kulit. E.O Patchouli sentiasa membantu sistem badan menghasilkan sel kulit baru dan juga merupakan pelembab semulajadi, sesuai untuk mengatasi masalah kulit seperti kulit kering, pecah-pecah dan berminyak.

*Cara Penggunaan:*

*[i, d]* : hidu secara terus dari botol atau gunakan alat seperti diffuser, ceramic burner, potpurri atau titis pada tisu dan hidu. Titiskan mengikut kesesuaian (cadangan: antara 3-5 titis).

*[m]* : Campurkan 3-5 titis pada minyak asas (minyak sayur) seperti minyak kelapa, minyak bunga matahari, minyak zaiton dan jojoba.

*[w]* : Campurkan 4-5 titis ke dalam 5L air dan gunakan untuk cuci atau rendaman kaki.

Untuk mendapatkan E.O Cajeputi ini, anda boleh layari http://sutra.com.my/product/sutra-patchouli-oil/ atau hubungi 0193537694 dan 0193507553 untuk kami dekatkan anda dengan pengedar-pengedar kami yang mungkin berdekatan dengan anda

#sutra #sutramemangbest #yourscentsoflife #essentuialoils #cajeputioil

http://www.sutra.com.my

CAJEPUTI ESSENTIAL OIL

Cajeputi adalah salah satu minyak yang jarang diperkatakan. Cajeputi atau dikenali sebagai Kayu putih terdiri dari spesis Melaleuca cajeputi yang banyak terdapat di kawasan paya di Malaysia seperti di Kuala Linggi, Melaka. Mempunyai kebaikan yang hampir sama dengan Tea Tree dan Eucalyptus tetapi yang membezakannya adalah ia mempunyai kandungan Cineole (Eucalyptol) yang tinggi berbanding 2 minyak tersebut. Pati Minyak (E.O) Cajeputi dihasilkan secara sulingan terhadap ranting halus dan daunnya.

E.O Cajeputi mempunyai pelbagai kebaikan kepada pengguna seperti:

1. Bersifat Analgesik – Mengurangkan rasa sakit terutaman sakit saraf seperti neuralgia dan sciatica serta sakit sendi seperti arthritis, gout dan sakit tulang belakang.

2. Antiradang (Anti-inflamatory)

3. Menghalang dan meredakan kekejangan serta sawan.

4. Detoksifikasi dengan menggalakan rembesan kelenjar endokrin sambil melancarkan sistem perpeluhan sekaligus menyingkirkan toksin dari badan.

5. Bersifat antiseptik, berkesan melawan jangkitan kuman, virus dan kulat (scabies dan psoriasis). Sesuai untuk merawat luka.

6. Memperbaiki sistem pencernaan (Carminative) – Melancarkan percernaan, melepaskan ‘angin’ yang terperangkap dan melegakkan kembung perut.

7. Mencairkan kahak (Expectorant) – membantu mencair dan menyingkirkan kahak sekaligus melancarkan saluran pernafasan. Sesuai untuk mengatasi masalah selesema, pneumonia dan resdung.

8. Menurunkan panas badan akibat demam (Febrifuge)

9. Menghalau serangga (insect repellent).

10. Menghilangkan ‘brain fog’, kelesuan sekaligus meningkatkan konsentrasi dan fokus

Untuk mendapatkan E.O Cajeputi ini, anda boleh layari http://sutra.com.my/product/sutra-cajeput-oil/ atau hubungi 0193537694 dan 0193507553 untuk kami dekatkan anda dengan pengedar-pengedar kami yang mungkin berdekatan dengan anda

#sutra #sutramemangbest #yourscentsoflife #essentialoils #cajeputioil

http://www.sutra.com.my

Serai (Lemongrass) Essential Oil

LEMONGRASS E.O SUTRA

Serai (Lemongrass) tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia terutamanya dia dalam bidang makanan. Tetapi tahukah anda bahawa serai atau dengan nama saintifiknya dipanggil Cymbopogon citratus mempunyai pati minyak (Essential oil (E.O)) yang mempunyai pelbagai fungsi dan kebaikan. E.O Serai ini dihasilkan menggunakan teknik penyulingan ke atas daun-daun serai. Kebaikannya terletak pada kandungan komponen fitokimia yang terdapat di dalam E.O Serai iaitu Citral (Kandungan utama), citronellal, limonene, geranyl acetate dan banyak lagi.

sutra lemongrass

Antara kebaikan E.O Serai adalah seperti disenaraikan di bawah:

  1. Mengawal emosi

Memberikan kelegaan, sedatif dan ketenangan pada minda. Sesuai untuk mengurangkan tekanan perasaan, kerisauan dan meningkatkan kekuatan mental.

  1. Melegakan Sakit

Bersifat Analgesik yang membantu melegakan kesakitan terutamanya sakit Sendi, Otot dan sakit kepala.

  1. Melegakan demam

Bersifat Antipyretic yang membantu menurunkan panas badan akibat demam.

  1. Mengubati luka

Bersifat antiseptik yang membantu menghalang luka dari lebih terdedah kepada jangkitan kuman.

  1. Ciri-ciri ‘Astringent’

Mengecutkan salur darah serta membantu mempercepatkan pembekuan darah pada luka agar darah tidak keluar dengan banyak.

  1. Antikulat

Membantu mencegah jangkitan kulat pada kulit dan bahagian-bahagian tertentu pada badan

  1. Menghalau serangga seperti lalat dan nyamuk

  1. Menyah-bau kurang enak (busuk)

  1. Membantu menyembuhkan gangguan saraf

Menjadi ‘tonik’ kepada saraf dan sistem saraf untuk mengurangkan masalah seperti vertigo, Alzheimers, Parkinson dan juga gangguan tindakbalas refleks

Untuk mendapatkan E.O Serai ini, anda boleh layari http://sutra.com.my/product/sutra-lemongrass-oil/ atau hubungi 0193537694 dan 0193507553 untuk kami dekatkan anda dengan pengedar-pengedar kami yang mungkin berdekatan dengan anda

#sutra #sutramemangbest #yourscentsoflife #essentialoils #lemongrassoil

 

ANDA PEDIH ULU HATI (HEARTBURN)?

ANDA PERNAH ATAU KERAP PEDIH ULU HATI (HEARTBURN)?

ANDA TAHU PEDIH ULU HATI BOLEH DILEGAKAN MENGGUNAKAN ‘ESSENTIAL OIL’ (E.O)?

Saya menulis berkenaan Pedih ulu hati adalah kerasa saya dahulu kerap mengalami perkara ini. Alhamdulillah apa yang saya amalkan seperti yang dijelaskan, Pedih Ulu Hati saya berkurang.

Pedih Ulu Hati adalah disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan di bawah esofagus. Ianya terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup (rujuk gambar). Asid perut ini akan memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia dan akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Situasi ini selalu menyebabkan ada rasa sakit dada seperti terbakar. Pedih ulu hati (asid reflux) selalunya terjadi selepas makan sesuatu makanan yang berat.

Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Tetapi ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan perlu diambil perhatian. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD)

TANDA-TANDA PEDIH ULU HATI

Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:

Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada

Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan

Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak

Kerap Sendawa

Batuk yang teruk

Suara menjadi serak

Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.

KOMPLIKASI

Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret’s esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan dignosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret’s oesophagus.

RAWATAN

Amalkan cara hidup sihat seperti menukar tabiat pemakanan. Anda masih boleh makan kesemua di bawah cuma tidak dalam kuantiti berlebihan (bersederhana)

Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.

Kurangkan makanan berasid seperti lemon, orange dan tomato (Suatu masa dahulu saya kerap makan semua ni, hampir setiap hari,)

Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh.

Berhenti merokok (jika masih merokok). Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan

Sekiranya semakin teruk dan anda mengalami(GERD), anda memerlukan perubatan moden.

RAWATAN SECARA AROMATHERAPI

Terdapat kaedah alternatif yang boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah Pedih Ulu Hati iaitu dengan menggunakan kaedah aromaterapi. Kami di SUTRA menggunakan E.O sebagai bahan utama. Formula disediakan (rujuk gambar)

Minyak Pudina (Peppermint oil)

Minyak Pudina membantu di dalam pencernaan dan refluks asid. Ianya juga bertindak untuk melegakan kesakitan. juga menyegarkan serta rasa sejuknya membantu melegakan sakit di tekak.

Minyak Eucalyptus (Eucalyptus oil)

Di dalam Minyak Eucalyptus terdapatnya satu kompoun yang dipanggil Eucalyptol yang mempunyai ciri-ciri analgesik dan anti-radang (anti-inflammatory). Ianya apabila diserap oleh badan, akan bertindak sebagai Vasodilator (melebarkan salur darah). Ini akan membenarkan lebih banyak darah mengakir dan beredar di dalam badan. ni akan melegakan kesakitan Pedih Ulu Hati.

Buatlah satu minyak sapuan (Massage Oil) berdasarkan formula di dalam gambar. Sapu diketika terkena Pedih Ulu Hati. Anda juga boleh menggunakannya sebagai salah satu gaya hidup baru untuk mengekalkan (Maintenance ) tahap pencernaan optimum.

Selamat mencuba. Anda boleh dapatkan Pure Essential Oil ini di sini http://sutra.com.my/product-category/aromatherapy/pure-essential-oil/ atau hubungi (0193537694 / 0193507553) kami agar kami boleh mengubungi pengedar-pengedar kami untuk melayani anda.

SUTRA MEMANG BEST

#sutra #sutramemangbest #yourscentsoflife #heartburn #essentialoil #massageoil #spicyfood #acidfood

http://www.sutra.com.my

BERSAMA KAMI SEBAGAI EJEN SUTRA

Jom Jadi Ejen SUTRA.
Ejen seluruh Malaysia diperlukan dengan modal serendah RM500

Rujuk gambar untuk maklumat lanjut.

#sutra #sutramemangbest #yourscentsoflife #ejensutra

http://www.sutra.com.my

VERTIGO

Pernah main pusing-pusing macam helikopter, lepas tu rasa tak balance, berdiri macam orang mabuk dan rasa nak jatuh? Macam tu lah keadaan orang yang mengalami #Vertigo.

Apa itu Vertigo?

Vertigo adalah sakit kepala pada orang yang mengakibatkan seseorang mengalami gerakan yang tidak tepat, dengan gerakan berputar atau melayang yang disebabkan oleh gangguan pada sistem vestibular. Gejala vertigo biasanya mengalami mual, muntah dan berpeluh sehingga pesakit tidak dapat menjaga keseimbangan dan kesulitan untuk berdiri dan berjalan.

Apakah Penyebab Vertigo Ini Sebenarnya?

Sebenarnya penyakit ini terjadi kerana terdapat gangguan kepada sistem keseimbangan badan kita. Umumnya, keseimbangan tubuh manusia dikendalikan oleh otak. Apabila otak menerima maklumat, ia akan memproses maklumat tersebut dan menghantar mesej kepada anggota tubuh untuk digerakkan. Sistem keseimbangan badan manusia ini bertumpu di sekitar mata dan di kedua-dua bahagian telinga.

Gangguan atau penyakit vertigo ini akan menyerang apabila terdapatnya gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang. Gangguan dalam telinga ini dipercayai berlaku disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan kita menjadi pekak dan tak boleh berdiri dengan betul kerana kehilangan keseimbangan.

Bolehkah Vertigo dirawat menggunakan ‘essential oils (E.O)?’

kebelakangan ini E.O sudah mendapat perhatian teruatamanya sebagai perubatan alternatif. E.O sangat sesuai di dalam mengatasi masalah vertigo. E.O bukan sahaja mengurangkan tekanan atau memberikan tidur yang nyenyak, tetapi juga merawat iritasi dan radang yang berlaku di bahagian dalam telinga. E.O membantu dalam:
1. Menstabilkan minda dan fizikal
2. Membendung dari muntah
3. Mengoksigenasi otak
4. Mengurangkan mabuk

Cara Penggunaan E.O untuk Vertigo

E.O boleh diguna secara individu atau dicampur (blend)

1. Buat ‘massage oil’
2. Teknik Resapan (difusse)
3. Hiduan
4. Mandian

Antara E.O SUTRA yang boleh digunakan adalah:

1. Peppermint
Peppermint mengandungi 2 komponen aktif iaitu Menthol dan Menthone yang bertindak sebagai antiradang (antiinflammatory) dan juga boleh merejuvenasi monda, ketegangan saraf, menyegarkan minda serta mengoksigenasikan otak sekaligus meningkatkan tenaga.

2. Lavender
Menstabilkan ketidakseimbangan badan, mengurangkan kerisauan serta menenangkan. Membantu mendapatkan tidur yang cukup.

3. Lemon
E.O ini meransang otak, menyegarkan minda, meningkatkan tenaga, mengurangkan loya sekaligus membendung muntah.

4. Rosemary oil
Membantu mengurangkan migraine dan sakit kepala. Sangat bagus dalam mengurangkan mabuk, kesesakan salur pernafasan dan juga batuk.

Formula E.O untuk Vertigo

2 Peppermint
3 Lemon
3 Lavender
2 Rosemary

Untuk buat Massage Oil, campurkan 5 titis campuran di atas ke dalam 1 sudu makan minyak sayur atau kekacang.

#sutra #sutramemangbest #yourscentsoflife #vertigo

maklumat lanjut berkenaan E.O SUTRA boleh didapati di http://www.sutra.com.my

Sutra A’vera is the Perfect Mantra!

SUTRA NEEDS TO TELL YOU 2 WORDS THAT MAKES SENSE TO YOU… SKIN & BEAUTY

There’s nothing more beautiful than a prettier skin. Your skin gives the most impact when you see yourself in the mirror. Anyone would never resist a way to enhance the beauty of their skin. Truly, you’d buy anything when it comes to skin care.

But, do you realize that knowing the ingredients in the product is way more important than expecting how far the product can beautify or heal your skin? 

Here, in Sutra, we always put our customers first. Hence, that’s why we’ve came out with the amazing A’vera Series. The main ingredient is none other than the legendary plant, Aloe Vera. A’vera Series comes in handy with 5 products:

  • SUTRA A’VERA SOOTHING & MOISTURISING GEL
  • SUTRA A’VERA CONDITIONING SHAMPOO
  • SUTRA A’VERA MOISTURISING SHOWER GEL
  • SUTRA A’VERA FACIAL CLEANSER (MEN)
  • SUTRA A’VERA FACIAL CLEANSER (WOMEN)

Aloe Vera is not just known as the ultimate healer for wounds or burns, it’s beyond that. It’s proven when Sutra A’vera Series is one of the most sought products. It’s proven that our customers don’t have to trouble themselves finding Aloe Vera knowing they can get ‘it’ at instant.  

This marvelous March, is the month for our Sutra A’vera Conditioning Shampoo & Sutra A’vera Moisturizing Shower Gel.

  • SUTRA A’VERA CONDITIONING SHAMPOO: 

Have you ever experienced a dry scalp? Do you even realise that you have a dry scalp? For the fact, some of us do not even know how to differentiate dandruff and a dry scalp! If you find some flakes of dead skin on your head, they may look like dandruff but they’re not dandruff. Using anti-dandruff shampoos may not combat the dry scalp problem you’re having. Therefore, Sutra came out with the Sutra A’vera Conditioning Shampoo that aims to revitalise your scalp and hair. It will leave your hair soft and shiny after applying the shampoo. It’s all thanks to the combination of the superb Aloe Vera, Coconut Oil, & Vitamin E. 

2018-03-01 02.41.16 1.jpg

  • SUTRA A’VERA MOISTURISING SHOWER GEL: 

We guarantee that you might not even come across any Aloe Vera shower gel in the market, before. Now, here you go, the beauty tool that can help to restore your younger-looking skin. So, be ready to say ‘bye’ to the dead skin cells. Also, the main ingredient, aloe vera plays a role to provide the intense moisture to the skin. Because, anyone’s goal, regardless of how old you’re, is to achieve the baby soft skin, not just a ‘beautiful’ skin. With the perfect combination of Aloe Vera, Watermelon, Cucumber, & Lemon; it will stimulate the collagen production. While tea tree is here to protect the skin from bacteria. Voila, worry no more, because it’s time to say ‘hi’ for the new, clean & moisturized body.