Insomnia dan Cara mengatasinya

C360_2015-07-21-11-37-18-485

Kebanyakan orang kadang-kadang pernah mengalami masalah sukar untuk tidur. Ia merupakan satu perkara biasa dan mungkin tidak di anggap sebagai satu masalah kesihatan. Janganlah berasa risau sekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur pada ketika tertentu dalam kehidupan anda.

Tetapi ada juga yang mengalami masalah insomnia, di mana insomnia ialah merasa sukar untuk tidur atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun anda rasa telah tidur secukupnya. Tanda tidur yang mencukupi ialah apabila anda bangun di pagi hari dan merasa bertenaga dan telah berehat secukupnya. Kekurangan tidur boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Ini termasuk mengurangkan keupayaan seseorang menangani stress dan ketahanan terhadap penyakit.

Seseorang yang bekerja di siang hari tanpa tidur secukupnya pada waktu malam tidak mampu berfikir atau fokus kepada tugasan dengan baik
Mereka lambat memberi tindak-balas semasa menyelesaikan masalah. Emosi mereka juga tidak menentu dan mudah meradang. Justeru, setiap orang perlu mengambil berat waktu dan jumlah jam tidur masing-masing.

Bagi kebanyakan dewasa, tempoh tidur malam selama enam ke lapan jam sudah mencukupi untuk memulihkan tenaga.Tempoh waktu tidur nyenyak pula perlulah serasi dengan jam biologi badan iaitu mesti merangkumi sekurang-kurangnya dari pukul 11 malam ke 2 pagi.

Untuk membantu anda menangani masalah ini, Sleep Well Blended Essential Oil direka khas untuk memberi ketenangan sambil merehatkan minda dan badan. Diperbuat dari campuran minyak pati Citrus Lime, Lavender, Orange dan Ylang-Ylang akan membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih lena, menghilangkan rasa gelisah dan menyeimbangkan emosi dan fizikal anda.

Dengan hanya 10ml, banyak sebenarnya cara yang boleh anda gunakan, antaranya:
1) Terapi Mandian
– Tambahkan 5 titis ke dalam tab mandian. Rendam dalam 10-15 minit.

2) Terapi Wap
-Isikan 3-5 titis ke dalam pembakar yang menggunakan lilin ataupun boleh juga digunakan dalam diffuser sebelum tidur. Tunggu dalam beberapa minit, anda akan merasa lebih tenang dan mudah untuk tidur.

3)Terapi Rendaman Kaki
-Rendam kaki anda dalam air suam dengan 6-8 titis minyak ini. Bilas dengan air sejuk, keringkan dan urut kaki anda perlahan-lahan.

4) Terapi Sedutan Wap
-Titiskan 5 titis minyak ke dalam mangkuk yang mengandungi satu liter air suam / air panas.Tutup kepala dengan tuala, rapatkan bahagian muka anda ke bahagian mangkuk tadi dan sedut wap perlahan-lahan.

5) Wangian
-Ia juga boleh digunakan sebagai wangian. Sekiranya anda mempunyai potpourri, titiskan dalam 2-3titis kedalamnya dan biarkan ia terdedah di ruang bilik atau ruang tamu sebagai hiasan.

*Amaran: Jangan sesekali simpan di dalam kenderaan anda, kadang-kadang ada waktu, kita tak sedar ianya tertumpah dan ianya boleh buatkan anda mengantuk sewaktu memandu.

‪#‎SleepWell‬
‪#‎Blendedessentialoil‬
‪#‎SUTRA‬
‪#‎Yourscentoflife‬
‪#‎aromatherapy‬
SUTRA Blended Essential Oil
Vol.10ml
RP:RM35.00

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s