Khasiat Bunga Rose!

Rose atau Mawar..Boleh dikatakan sebagai salah satu bunga yang tercantik di dunia. Walaupun berduri tapi bunganya tetap menjadi pilihan wanita kerana bauannya yang sangat menenangkan. Secara dalaman, ianya membantu dari segi proses meredakan tekanan perasaan. Kalau nak cuba ambil hati pasangan yang tengah merajuk..cuba bagi bunga Rose, mesti senyum je lepas tu..

Mengikut sejarah, Ibn Sina adalah yang pertama menemukan kaedah rawatan aromaterapi dan juga proses penyulingan wap untuk minyak pati bunga . kalau sesapa yang selalu hidu bunga ros nie, mesti rasa lapang je . sebab tu bunga ni paling laris dipasaran. dia boleh meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti -depressent) .

Selalunya kan, kalau dapat bunga rose, mesti hidu kan?..kalau mandi bunga, mesti ada bunga Rose. SPA pun banyak gunakan bunga Rose sebagai salah satu bunga pilihan dalam terapi. Dan kenapa mesti Rose yang menjadi pilihan?

Ini kerana, Bauan rose boleh meningkatkan daya ingatan seseorang. Ia menyegarkan semula daya ingatan mereka yang mudah lupa. Kalau masa tidur, letak bau Rose, akan memberikan tidur yang lebih lena dan teratur.

Hospital Islam pada zaman kegemilangan Islam Bani Umaiyyah,Andalaus adalah hospital pertama yang menggunakan terapi wangian bunga ros untuk menggantikan bau ubat-ubatan. kebanyakan pesakit sembuh sebelum diberi rawatan . Puncanya adalah haruman bunga ros sebagai penawar tambahan.

Kadang-kadang, dalam drama TV, kalau tempah bilik untuk honeymoon, mesti masuk-masuk ada bunga rose bertabur atas katil..kenapa? sebab bauan dari bunga Rose berfungsi sebagai “aphrodisiac”.Melahirkan rasa romantis dengan pasangan.

Bau sahaja boleh menghilangkan sakit kepala dan pening. Mengandungi Vitamin A, B3, E dan C. Ianya bertindak sebagai antiseptik dan merawat kulit yang sensitif seperti ekzema selain meningkatkan sistem imunisasi.

Sebab tu ramai yang masih menggunakan Rose sebagai pilihan hati kerana bauannya yang menenangkan!12032656_1085122624832855_4379974583429725787_o

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s