ANDA PEDIH ULU HATI (HEARTBURN)?

ANDA PERNAH ATAU KERAP PEDIH ULU HATI (HEARTBURN)?

ANDA TAHU PEDIH ULU HATI BOLEH DILEGAKAN MENGGUNAKAN ‘ESSENTIAL OIL’ (E.O)?

Saya menulis berkenaan Pedih ulu hati adalah kerasa saya dahulu kerap mengalami perkara ini. Alhamdulillah apa yang saya amalkan seperti yang dijelaskan, Pedih Ulu Hati saya berkurang.

Pedih Ulu Hati adalah disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan di bawah esofagus. Ianya terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup (rujuk gambar). Asid perut ini akan memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia dan akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Situasi ini selalu menyebabkan ada rasa sakit dada seperti terbakar. Pedih ulu hati (asid reflux) selalunya terjadi selepas makan sesuatu makanan yang berat.

Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Tetapi ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan perlu diambil perhatian. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD)

TANDA-TANDA PEDIH ULU HATI

Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:

Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada

Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan

Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak

Kerap Sendawa

Batuk yang teruk

Suara menjadi serak

Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.

KOMPLIKASI

Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret’s esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan dignosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret’s oesophagus.

RAWATAN

Amalkan cara hidup sihat seperti menukar tabiat pemakanan. Anda masih boleh makan kesemua di bawah cuma tidak dalam kuantiti berlebihan (bersederhana)

Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.

Kurangkan makanan berasid seperti lemon, orange dan tomato (Suatu masa dahulu saya kerap makan semua ni, hampir setiap hari,)

Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh.

Berhenti merokok (jika masih merokok). Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan

Sekiranya semakin teruk dan anda mengalami(GERD), anda memerlukan perubatan moden.

RAWATAN SECARA AROMATHERAPI

Terdapat kaedah alternatif yang boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah Pedih Ulu Hati iaitu dengan menggunakan kaedah aromaterapi. Kami di SUTRA menggunakan E.O sebagai bahan utama. Formula disediakan (rujuk gambar)

Minyak Pudina (Peppermint oil)

Minyak Pudina membantu di dalam pencernaan dan refluks asid. Ianya juga bertindak untuk melegakan kesakitan. juga menyegarkan serta rasa sejuknya membantu melegakan sakit di tekak.

Minyak Eucalyptus (Eucalyptus oil)

Di dalam Minyak Eucalyptus terdapatnya satu kompoun yang dipanggil Eucalyptol yang mempunyai ciri-ciri analgesik dan anti-radang (anti-inflammatory). Ianya apabila diserap oleh badan, akan bertindak sebagai Vasodilator (melebarkan salur darah). Ini akan membenarkan lebih banyak darah mengakir dan beredar di dalam badan. ni akan melegakan kesakitan Pedih Ulu Hati.

Buatlah satu minyak sapuan (Massage Oil) berdasarkan formula di dalam gambar. Sapu diketika terkena Pedih Ulu Hati. Anda juga boleh menggunakannya sebagai salah satu gaya hidup baru untuk mengekalkan (Maintenance ) tahap pencernaan optimum.

Selamat mencuba. Anda boleh dapatkan Pure Essential Oil ini di sini http://sutra.com.my/product-category/aromatherapy/pure-essential-oil/ atau hubungi (0193537694 / 0193507553) kami agar kami boleh mengubungi pengedar-pengedar kami untuk melayani anda.

SUTRA MEMANG BEST

#sutra #sutramemangbest #yourscentsoflife #heartburn #essentialoil #massageoil #spicyfood #acidfood

http://www.sutra.com.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s