SUTRA Your Scents of Life

SUTRA, The only brand that balances your body, mind and soul for everyday life.

Advertisements

Redakan kesakitan Gout = SUTRA Gout Away Massage Oil

Redakan kesakitan Gout = SUTRA Gout Away Massage Oil

Bila tiba hari raya, hari dapat gaji, atau bila-bila pun, kita sentiasa berselera untuk makan macam-macam makanan terutama seafood, daging atau apa sahaja yang ada protein tinggi. Tetapi bagi orang yang menghidapi masalah GOUT, semestinya berhati-hati dalam setiap pengambilan makanan. SAKIT YANG DIRASAI membuatkan mereka sentiasa berhati-hati, terpaksa mengalah walaupun keinginan sangat tinggi. Apa mereka rasa? Sakit? Tak payah nak cakap, memang sakit. Tengok orang yang kena gout pun dah cukup rasa gerun, terus bersyukur dan berdoa agar kita sendiri tak kena.

Tetapi macam mana jika ada cara untuk menghilangkan masalah GOUT tadi, paling tidak meredakan kesakitan yang amat sangat tu.

Sebelum tu semua tahu ke apa itu Gout.

12187789_701074020026175_4968958051982505766_nGout ada salah satu arthritis yang disebabkan oleh inflamasi pada sendi dan sistem tulang dan kebanyakannya berlaku pada lelaki yang berumur antara 30-60 tahun. Ianya berlaku dengan tiba-tiba dan teramat sakit, kemerahan dan bengkak pada sendi, dan kebanyakannya boleh dilihat dengan kewujudan bonggol besar pada jari (seperti dalam gambar)

Simpton ini terjadi apabila Asid Urik, iaitu bahan kumuh yang terhasil dari sejenis protein yang dipanggil purin tidak dibuang dengan sempurna oleh sistem perkumuhan. Akibatnya berlaku lebihan dan pengumpulan asid urik dalam bentuk jarum kristal di dalam sendi. Jarum Kristal ini juga boleh menyebabkan batu karang. Gout boleh menyebabkan kerosakan kekal pada sendi dan buah pinggang dan ini boleh berlarutan dalam jangka masa yang sangat lama.

Oleh itu, hati-hati dalam pemgambilan makanan berprotein tinggi serta tingkatkan pengambilan air untuk melancarkan system perkumuhan.

DAUN NILAM / PATCHOULI (Pogostemon cablin)

Patchouli adalah “native” kepada Malaysia, Indonesia and India. Minyak yang disuling dari daun yang kering agak pekat, berbau “amber” dan bewarna coklat gelap.

patchouli oilKEGUNAAN PERUBATAN
1) Patchouli membantu dalam mengurangkan berat badan dengan mengurangkan selera makan dan mencegah kekenduran kulit hasil pengurangan berat badan dengan menegangkan kulit.
2) Ianya juga membantu memperbaiki masalah kulit dan “vericose veins”.
3) Patchouli juga bersifat anti-kulat (anti-fungal)
4) Membantu dalam mengurangkan inflamasi yang terjadi pada kulit seperti acne, psoriasis, sunburn, alergi dan ekzema.

KEGUNAAN UNTUK KECANTIKAN
1) Minyak Patchouli membantu meransang pertumbuhan sel kulit dan mengurangkan kedutan (wrinkles) .
2) Minyak Patchouli mempercepatkan pemulihan luka dan memudarkan parut.
3) Minyak Patchouli membantu.mengawalatur kulit dan rambut yang berminyak sekaligus membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan merawat kulit kepala yang bermasalah.
4) Membantu mengurangkan penahanan cecair (fluid retention) dan menegangkan kulit sekaligus mengurangkan selulit.

KESAN KEPADA EMOSI
1) Bau minyak patchouli membantu menghilangkan perasaan tertekan dan.kemurungan.
2) Membantu menajamkan pemikiran, meningkatkan konsentrasi sekaligus sangat sesuai digunakan oleh para pelajar.
3) Minyak Patchouli juga bersifat “aphrodisiac” yang membantu meningkatkan libido dan mengurangkan kerisauan terhadap seksual.

 

SUTRA Sinus Away.

Orang kata, alah…kecik je botolnya..tapi mahal. Kecik-kecik cili padi tu. Sebenarnya tak mahal kalau bandingkan dengan apa yang dia boleh bagi kat orang yang mengalami masalah SINUS. Malah bukan sinusitis sahaja, boleh juga untuk selesema, hidung tersumbat, dan apa sahaja masalah berkaitan sistem pernafasan.

Di Malaysia ni sahaja, 25% daripada rakyat Malaysia menghidap Sinusitis (RESDUNG). Statistik ini bagus untuk pengedar SUTRA.
sinus 2Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan atau inflamasi pada rongga sinus (dalam gambar) yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah Streptococcus dan Staphylococcus. Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung. Jangan biarkan ianya berlarutan sebab boleh sebabkan beberapa perkara yang lebih serius seperti Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata, jangkitan otak, menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil dan banyak lagi.

sinusResdung sangat sesuai dirawat menggunakan minyak pati. Sebab itu SUTRA Sinus Away Pillow Spray menggunakan minyak pati. Sangat mudah digunakan, samada spray di bantal sebelum tidur atau di tapak tangan, tekup hidung anda dan bernafas dalam-dalam beberapa kali. Kebanyakkan orang tidak percaya hanya dengan menghidu boleh merawat sinusitis. Di sini harus diingat bahawa bau yang digunakan dalam SUTRA Sinus Away berasal dari minyak-minyak pati yang sememangnya mempunyai banyak komponen fitokimia. Agak sukar kita nak merawat sinusitis yang terdapat di dalam rongga sinus. Maka, caranya yang paling mudah adalah dengan MENGHANTAR BAUAN yang mempunyai nilai PERUBATAN seperti SUTRA Sinus Away ini. Antara minyak pati yang terdapat di dalam produk ini adalah EUCALYPTUS, GERANIUM, PEPPERMINT DAN ROSEMARY. Kesemua minyak pati ini bersifat antiseptik dan sangat terkenal dalam membantu mengatasi masalah inflamasi (radang) di lapisan membran mukus, batuk, asma, bronkitis. Kombinasi baunya juga sangat selesa dan menyegarkan.

Kelebihan Produk Vanilla

Vanilla = harum, manis, seksi

Kalau sebut vanilla mesti ingat aiskrim, tak pun kek.. tapi dalam SUTRA, takda semua tu.. cuba tengok gambar produk SUTRA di bawah tu.

Vanilla ni adalah bahan atau spice yang kedua paling mahal selepas Safron. Ada banyak jenis Vanilla berdasarkan kawasan Geografinya seperti Madagascar (Bourbon) Vanilla, Mexican Vanilla dan Tahitian Vanilla.Kesemuanya mempunyai nilai tinggi yang memcecah ribuan ringgit sekilo. Jadi ini yang memberi masalah kepada SUTRA kerana kos bahan mentah yang tinggi menyebabkan harga jualan produk tinggi. Jadi kami di SUTRA mencari alternatif untuk bekalan vanilla ini.vanilla 2

vanilla 3Hasilnya kami import vanilla dari Sulawesi tetapi harganya masih mencecah ratusan ringgit sekilo. Vanilla ini diekstrak oleh TBESB untuk mendapatkan extract cecair dan absolute yang mana hasilnya digabung untuk menghasilkan produk SUTRA. Bagaimana pun, pengekstrakan dilakukan dengan hati-hati dan tepat untuk mengelakkan pembaziran. Almaklumlah, kos.bahan mentah sangat mahal.

vanillaKenapa Vanilla?
1)Ekstrak vanilla mempunyai kandungan antioksida yang berfungsi menghalang tindakan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kulit
2) mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang.membantu membersihkan kulit
3) mempunyai ciri-ciri pelembab semujadi yang mampu memelihara kesihatan kulit kepala dan rambut.
4) baunya yang harum dan manis membantu dalam menghidarkan kemurungan dan tekanan perasaan.
5) baunya juga agak SENSUAL membantu dalam meransang penghasilan hormon testeron dan estrogen.

SUTRA product in BioShoppe!

BioShoppe is a key approach taken by BiotechCorp to enhance market access for local biotech products.The goal of BioShoppe is to put together high quality products produced by BioNexus companies and market them under strategic marketing programmes.

Over 80 types of products from functional beverages, cosmetics and body care to herbal supplements are selected from 13 BioNexus companies.The BioNexus product logo will represent the highest standards in science, quality and consumer satisfaction – and will appear on all BioNexus products.

Below are the 3 pharmacies which collaborated with BioShoppe:

1)NOVA (Lot EG3, Ground Floor, IOI Mall, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.)

2)Life Springs Solaris, Mont Kiara (No.2, Ground Floor, Jalan Solaris 5, Mont Kiara, Off Jalan Duta Kiara, 50480 Kuala Lumpur.)

3) Super Pharmacy Megastore (No. 118, Block C, Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor)

20140902_161445

Picture 1 : Life Spring Solaris
424498235cc21f3487be2a595a11d232

Picture 2 : Life Spring Solarise74cecf63cfcbc36d3722b47ab97fe6aPicture 3 : Life Spring Solarissuper pharmacy megastorePicture 4 : Super Pharmacy Megastore pharmacy megastore 2Picture 5 : Super Pharmacy Megastore nova

Picture 6 : NOVA (Natural Supplements & Skin care)nova 3

Picture 6 : NOVA (Natural Supplements & Skin care)

MANJAKANI FEMININE WASH

manjakani feminine wash

Manjakani terbentuk daripada daun pokok oak. Apabila daun pokok oak disengat serangga, ia membentuk kristal seperti bola untuk melindungi diri. Lebih dikenali sebagai Quercus infectoria. Buah manjakani ini mengandungi Tannins, Asid Gallic dan Asid Ellagic. Ia merupakan Astringen yang paling berkuasa.

Manjakani merupakan rakan terbaik bagi setiap wanita. Ia membentuk semula dinding vagina dan melegakan gejala Leucorrhea.Mengembalikan keanjalan faraj, sama ada kerana lanjut usia atau melahirkan anak. Merupakan agen pembersihan, sehingga ia melindungi mereka daripada jangkitan faraj, kulat dan bakteria, masalah keputihan dan bau yang tidak menyenangkan selain meningkatkan pengeluaran hormon estrogen.

Adakah anda tahu?
Manjakani berfungsi mengawal cecair yang berlebihan di dalam faraj.

Jika PMS adalah masalah anda, Manjakani adalah jawapannya. Kadang-kadang rahim mungkin tidak dapat mengawal dengan baik setiap kali kitaran haid. Ini boleh menyebabkan tanda-tanda seperti kekejangan, pembekuan,ketidakseimbangan kitaran haid dan pendarahan yang berlebihan. Manjakani akan membantu anda kembali kepada normal.

Khasiat Daun Pandan dalam produk Semburan Aromaterapi.

Daun Pandan. Siapa yang tidak kenal dengan aroma wangiannya yang sejak dari dahulu sangat popular di dalam masakan sebagai penambah perasa terutama dalam Nasi Lemak dan juga kuih muih lain. Digunakan juga dalam Amalan Tradisi Perkahwinan Melayu sebagai bunga rampai. Kadang-kadang, ada yang ambil daun pandan tu, di ikat dan diletakkan di dalam kabinet atau di dalam kereta. Kenapa? sebab Pandan sangat terkenal dengan fungsinya yang bertindak sebagai penghalau serangga terutamanya lipas.Dan bauannya juga sangaaaaat wangi…kadang berminggu masih tetap berbau wangi walaupun daun yang ditinggalkan tu dah kering.

Dulu-dulu boleh lah tanam pokok pandan dekat depan rumah. Tapi susah juga bagi mereka yang tidak mempunyai laman untuk bercucuk tanam. Ada pun yang suka letak daun kering dalam kabinet or kereta. Kadang2, boleh terlupa nak buang bila dah hilang bau. Manakala, yang mana duduk kat bandar tu..agak susah nak cari daun Pandan.

Maka dengan itu, Jenama SUTRA keluarkan produk Aromatherapy Multipurpose Spray (Pandan). Dah x perlu nak susah2 ikat daun pandan atau nak cari daun pandan..Spray je dekat dalam kabinet,sofa, dalam kereta..comfirm lipas akan lari..bau tok sah nak cakap la..spray sekali dua..sekejap je ruang tamu dah berbau wangi..Bukan setakat wangian je, nak buat sebagai pencuci meja dan kaca pun boleh..Natural gitu..Teringat juga dulu..masa terlibat dengan karnival Petronita di KLCC Ramadhan tahun lepas. Spray Pandan antara yang terlaris sampai tester pun ada juga orang nak beli..Ada yang beli, bawa balik ofis..esoknya datang beli lagi untuk kawan-kawannya.Dan selalunya jarang yang beli satu botol..Kalau beli satu botol pun, mesti datang balik nak beli lagi….

Mungkin anda salah satu pengguna Spray ini. Terima kasih kerana masih setia menggunakannya.. Bagi mereka yang belum lagi mencubanya..Anda x kan menyesal sebab wangiannya akan buat anda terus jatuh cinta dengannya.

11144457_1085037544841363_1526366017849247215_o

Khasiat Bunga Rose!

Rose atau Mawar..Boleh dikatakan sebagai salah satu bunga yang tercantik di dunia. Walaupun berduri tapi bunganya tetap menjadi pilihan wanita kerana bauannya yang sangat menenangkan. Secara dalaman, ianya membantu dari segi proses meredakan tekanan perasaan. Kalau nak cuba ambil hati pasangan yang tengah merajuk..cuba bagi bunga Rose, mesti senyum je lepas tu..

Mengikut sejarah, Ibn Sina adalah yang pertama menemukan kaedah rawatan aromaterapi dan juga proses penyulingan wap untuk minyak pati bunga . kalau sesapa yang selalu hidu bunga ros nie, mesti rasa lapang je . sebab tu bunga ni paling laris dipasaran. dia boleh meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti -depressent) .

Selalunya kan, kalau dapat bunga rose, mesti hidu kan?..kalau mandi bunga, mesti ada bunga Rose. SPA pun banyak gunakan bunga Rose sebagai salah satu bunga pilihan dalam terapi. Dan kenapa mesti Rose yang menjadi pilihan?

Ini kerana, Bauan rose boleh meningkatkan daya ingatan seseorang. Ia menyegarkan semula daya ingatan mereka yang mudah lupa. Kalau masa tidur, letak bau Rose, akan memberikan tidur yang lebih lena dan teratur.

Hospital Islam pada zaman kegemilangan Islam Bani Umaiyyah,Andalaus adalah hospital pertama yang menggunakan terapi wangian bunga ros untuk menggantikan bau ubat-ubatan. kebanyakan pesakit sembuh sebelum diberi rawatan . Puncanya adalah haruman bunga ros sebagai penawar tambahan.

Kadang-kadang, dalam drama TV, kalau tempah bilik untuk honeymoon, mesti masuk-masuk ada bunga rose bertabur atas katil..kenapa? sebab bauan dari bunga Rose berfungsi sebagai “aphrodisiac”.Melahirkan rasa romantis dengan pasangan.

Bau sahaja boleh menghilangkan sakit kepala dan pening. Mengandungi Vitamin A, B3, E dan C. Ianya bertindak sebagai antiseptik dan merawat kulit yang sensitif seperti ekzema selain meningkatkan sistem imunisasi.

Sebab tu ramai yang masih menggunakan Rose sebagai pilihan hati kerana bauannya yang menenangkan!12032656_1085122624832855_4379974583429725787_o

Pencuci Muka A’Vera (Women)

Siapa yang tak kenal dengan Aloe vera atau Pokok Lidah Buaya. Antara salah satu pokok yang terkenal dengan khasiatnya yang sangat banyak terutamanya pada kulit.Daun lidah buaya mempunyai faktor pH yang sama dengan kulit manusia dan dalam masa yang sama tidak pula terlalu sensitif. Mengandungi Mineral yang sangat tinggi seperti kalsium,Magnesium,Sodium, zat Besi, Vitamin A,C,E,B1, B2,B6 dan banyak lagi. Kalau nak tanam dan agak-agak sibuk nak siram hari-hari. Ini lah pokok yang sesuai sekali selain Kaktus.

Dulu-dulu, kalau luka akibat terjatuh main basikal, cepat-cepat petik daun Aloe vera kat luar dan sapukan lendir tu kat tempat luka. Tak lama tu mesti perasan yang luka cepat kering dan parut pun hilang. Begitu juga kalau sambil masak kat dapur, terkena minyak panas, mesti letak Aloe vera untuk elakkan tangan dari mengelepuh. Kalau yang jenis rajin, siap ambil Aloe vera buat masker muka tiap-tiap malam agar kulit muka sentiasa kelihatan awet muda.

Bagi yang pernah menggunakan A’Vera Soothing & Moisturising Gel sebelum ini, pasti sudah tahu dan merasai kesan penggunaan A’Vera yang sangat bagus untuk kulit. Hasil dari permintaan yang tinggi terhadap A’Vera Gel, SUTRA mengambil langkah proaktif dengan mengeluarkan Set A’Vera yang terdiri daripada A’Vera Shampoo, A’vera Shower Gel, A’Vera Facial Cleanser (Women) dan A’vera Facial Cleanser (Men).

12027229_1085973868081064_639605092329497890_oA’vera Facial Cleanser merupakan Facial Cleanser Pertama yang dikeluarkan dibawah jenama SUTRA. 100% diperbuat dari bahan semulajadi tanpa bahan kimia. Apa yang menariknya mengenai Facial Cleanser bagi pengguna kaum hawa ini adalah kandungannya yang terdiri daripada Mentimun Ekstrak, Ekstrak Kulit Tembikai, Ekstrak Lemon dan juga Minyak Pati Tea Tree. Kesemua bahan yang digunakan sangat bagus bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif, ekzema, kulit kering, kulit berminyak,menghilangkan jerawat selain bertindak menyeimbangkan tona kulit muka yang tidak sekata.