Rawatan Rambut Gugur

“Alamakkk…rambut banyak gugur laa..lama-lama boleh jadi botak ni…
Tak sanggup nak tengok rambut gugur bila sikat rambut…” Ada sesiapa pernah mengalami masalah macam ni?

SUTRA ada penyelesaiannya.. dengan menggunakan Shampoo Mblica..rambut anda lebih sihat dan kuat.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu mengenai khasiat buah Melaka untuk rambut. Dalam perubatan Ayurveda, dari dulu lagi pengamal perubatan menggunakan buah pokok melaka atau Phyllanthus emblica untuk menghilangkan masalah rambut gugur.

Buah Melaka sangat kaya dengan vitamin C, Kalsium, Zat Besi, Fosfor, Serat serta Karbohidrat. Kandungan antioksida yang sangat tinggi menyebabkan ianya bagus untuk meningkatkan aliran darah hingga ke akar rambut.

Rawatlah rambut anda sesegera mungkin. Jangan biarkan ianya terlewat.

12923132_777909175675992_4979845311788845158_n

#sutra #sutramemangbest #yourscentsoflife #hair#hairloss #hairshampoo #hairtherapy#hairtreatment #mblicashampoo #allhair
www.sutra.com.my

A’vera Shampoo sesuai untuk mengatasi masalah kelemumur.

sutra avera shampooAloe vera atau lidah buaya terkenal untuk menjadikan rambut lebih lembut dan cantik. Mungkin manfaat ini kita sudah dengar sejak kecil. Khasiat ini diperolehi dari kandungan glycoprotein. Glycoprotein berperanan dalam menghasilkan rambut agar sentiasa kelihatan lembut dan mudah terurus. Sebum adalah zat berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi oleh tubuh dan dirembeskan oleh kelenjar rambut kita. Bila dikeluarkan berlebihan, sebum akan terkumpul pada kulit kepala seterusnya bercampur dengan kotoran dan membentuk kotoran yang dapat merosakkan folikel rambut serta menghalang pertumbuhan folikel rambut yang baru. Lidah buaya memiliki sifat antibakteria yang membantu mengurangkan sebum yang berlebihan bagi membolehkan kulit kepala untuk bernafas dan membolehkan folikel rambut diperbaharui. Dengan itu, rambut menjadi lebih sihat dan bersih dengan erti kata lain, ianya boleh mengaktifkan pertumbuhan rambut. Folikel rambut memerlukan vitamin. Ini boleh didapati dari lidah buaya (aloevera). Ini kerana ,ianya mengandungi lebih dari 20mineral seperti vitamin A, B1, B2, C dan E.Dengan itu, ianya dapat menjaga kelembapan semulajadi kulit kepala dan folikel rambut. Itulah sebabnya SUTRA mengeluarkan shampoo A’vera untuk memudahkan lagi bagi mereka yang mengalami masalah rambut. Ditambah dengan essential oil Tea Tree bagi menguatkan lagi akar rambut serta merawat masalah kelemumur.

A’vera Conditioning Shampoo

A’Vera Shampoo

SHAMPOO AVERA FINAL-01Ramai di antara kita yang mengalami masalah rambut seperti rambut bercabang, rambut kering, kelemumur, rambut gugur, berminyak, rosak akibat pelunturan mewarnakan rambut, kegatalan kulit rambut, melurus atau mengerinting yang mendedahkan rambut kepada suhu yang tinggi atau akibat faktor pengambilan makanan dan persekitaran yang tidak sihat akan membuatkan seseorang berasa tidak selesa dan rendah diri apabila berhadapan dengan orang ramai.  Untuk mengatasi masalah yang sering di alami, Shampoo A’vera Keluaran SUTRA adalah gabungan formulasi yang unik bagi membantu membersihkan dan mengekalkan keseimbangan kelembapan rambut anda. Ia mengandungi Aloe Vera Extract, Wheat Protein, Minyak Kelapa dan Vitamin E untuk memulihkan semula kulit kepala dan rambut agar kelihatan bersinar selepas digunakan. Memberi kesan lembutan dan senang diuruskan walaupun tanpa menggunakan pelembut.

Mengandungi bahan-bahan semulajadi :

  • Aloe Vera Extract – Lidah buaya baik untuk menjaga kelembaban kulit kepala dan folikel rambut. Lidah buaya mengandungi lebih dari 20 mineral dan vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, dan E yang sangat baik untuk mengatasi rambut rosak. Selain itu, Lidah buaya juga mampu meransang pertumbuhan rambut dan folikel rambut dengan meningkatkan saluran darah ke akar folikel.
  • Cocamidopropyl betaine (coconut oil) – Manfaat dari minyak kelapa untuk rambut dapat membuat rambut lebih lembab, lebih lebat, sihat dan juga lebih kuat.
  • Cocodimonium Hydroxypropyl Hydrolyzed Wheat Protein – A’vera Shampoo menggunakan wheat protein kerana ia mampu untuk membaiki rambut yang rosak selepas pelunturan dan rawatan mengerinting. Memperbaiki tekstur rambut agar lebih terurus dan rapi sepanjang masa.
  • Tocopheryl Acetate (Vitamin E) – Minyak Vitamin E mempunyai beberapa manfaat untuk rambut. Selain meningkatkan peredaran darah di kulit kepala, minyak ini juga meningkatkan tekstur dan kualiti rambut. Ia digunakan secara meluas dalam rawatan rambut gugur dan gangguan kulit kepala yang lain. Vitamin E juga sangat bagus dalam meransang pertumbuhan rambut, mencegah uban pra-matang, menjadikan rambut lebih bersinar dan sangat bagus dalam pembaikan hujung rambut yang bercabang.
  • Tea Tree Oil – Bagi mereka yang memiliki kulit kering, minyak Tea tree dapat membantu melembapkan kulit. Kerana bersifat anti-bakteria, Tea tree oil sangat efektif dalam mengubati dan menyembuhkan berbagai infeksi kulit. Tea tree oil juga dapat membantu mengatasi kelemumur.