Redakan kesakitan Gout = SUTRA Gout Away Massage Oil

Redakan kesakitan Gout = SUTRA Gout Away Massage Oil

Bila tiba hari raya, hari dapat gaji, atau bila-bila pun, kita sentiasa berselera untuk makan macam-macam makanan terutama seafood, daging atau apa sahaja yang ada protein tinggi. Tetapi bagi orang yang menghidapi masalah GOUT, semestinya berhati-hati dalam setiap pengambilan makanan. SAKIT YANG DIRASAI membuatkan mereka sentiasa berhati-hati, terpaksa mengalah walaupun keinginan sangat tinggi. Apa mereka rasa? Sakit? Tak payah nak cakap, memang sakit. Tengok orang yang kena gout pun dah cukup rasa gerun, terus bersyukur dan berdoa agar kita sendiri tak kena.

Tetapi macam mana jika ada cara untuk menghilangkan masalah GOUT tadi, paling tidak meredakan kesakitan yang amat sangat tu.

Sebelum tu semua tahu ke apa itu Gout.

12187789_701074020026175_4968958051982505766_nGout ada salah satu arthritis yang disebabkan oleh inflamasi pada sendi dan sistem tulang dan kebanyakannya berlaku pada lelaki yang berumur antara 30-60 tahun. Ianya berlaku dengan tiba-tiba dan teramat sakit, kemerahan dan bengkak pada sendi, dan kebanyakannya boleh dilihat dengan kewujudan bonggol besar pada jari (seperti dalam gambar)

Simpton ini terjadi apabila Asid Urik, iaitu bahan kumuh yang terhasil dari sejenis protein yang dipanggil purin tidak dibuang dengan sempurna oleh sistem perkumuhan. Akibatnya berlaku lebihan dan pengumpulan asid urik dalam bentuk jarum kristal di dalam sendi. Jarum Kristal ini juga boleh menyebabkan batu karang. Gout boleh menyebabkan kerosakan kekal pada sendi dan buah pinggang dan ini boleh berlarutan dalam jangka masa yang sangat lama.

Oleh itu, hati-hati dalam pemgambilan makanan berprotein tinggi serta tingkatkan pengambilan air untuk melancarkan system perkumuhan.

Wangian tak didendang = SUTRA Serenity Shower Gel

Wangian tak didendang = SUTRA Serenity Shower Gel

12042987_700198706780373_4506910066890256908_nApa maksud Serenity dalam bahasa Melayu? Maksudnya..tenang setenang tenangnya..bukan sitenang dugong ya.
Kenapa saya kata wangian tak didendang? Sebab, Serenity Shower Gel ni selalunya berdiri teguh di rak, jarang terusik sebab kebaikan, keharumannya jarang didedahkan kepada umum. Jadi, saya bertanggungjawab untuk mendedahkan kebaikannya.

Nak cerita sikit pasal SUTRA Serenity ni. Dalam range Shower Gel, kalau nak diikutkan, Serenity ini merupakan shower gel yang paling mewah. Bukan mewah “berada”, tapi mewah dari segi kandungan minyak patinya. Ylang-ylang merupakan minyak pati utamanya, diikuti oleh Lavender, Rose Geranium, Patchouli dan Tea Tree secukup rasa. Semuanya minyak pati yang mahal-mahal digunakan dalam Shower Gel Serenity ini.

Diformulasikan sebaik-baiknya, seharum-harumnya, gred aromatherapy sebenar, untuk memelihara perasaan dari rasa gundah gulana, meracau tak tentu arah, menjamin ketenangan yang sememangnya anda akan rasa sangat tenang. Wangiannya mempengaruhi tindakan anda. Nak marah tak jadi marah, yang resah akan lega, yang susah tidur akan lena dan yang renggang akan mudah ber’intiman disebab baunya yang sensual. Tak percaya? Percayalah bak kata Siti Nurhaliza. Saya taknak Biarkan Ianya Rahsia.. Ini lah SUTRA. Wangian Kehidupan Anda.

Credit: Mr. Mohd Khairil Said (Founder of SUTRA)

 

 

Rebut peluang bersama SUTRA!

SUTRA adalah satu rangkaian produk yang terdiri daripada aromatherapy, fragrance dan wellness yang menggunakan 100% minyak pati tulen yang terpilih untuk kegunaan dalam kehidupan seharian anda. Bukan hanya sekadar wangian, tapi manfaat dan khasiat dalam setiap keluaran produk SUTRA menyeimbangkan kualiti hidup anda dari segi dalaman dan juga luaran.

Rata-rata, pengedar SUTRA bermula setelah mencuba produk ini untuk kegunaan sendiri pada permulaannya.
Sehingga kini, lebih 300 Pengedar Sah SUTRA sudah mendaftar dan berjaya menjana pendapatan tinggi setiap bulan dengan usaha yang berterusan. Ingin menjadi seperti mereka?.Peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang berminat untuk menjadi Agent / Stokis SUTRA. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Untuk mendaftar, sila dapatkan senarai pengedar kami yang berdekatan di bahagian DISTRIBUTOR.
Email: sales@sutras.my

12108134_700456463421264_3409641250802747304_n

Kelebihan Produk Vanilla

Vanilla = harum, manis, seksi

Kalau sebut vanilla mesti ingat aiskrim, tak pun kek.. tapi dalam SUTRA, takda semua tu.. cuba tengok gambar produk SUTRA di bawah tu.

Vanilla ni adalah bahan atau spice yang kedua paling mahal selepas Safron. Ada banyak jenis Vanilla berdasarkan kawasan Geografinya seperti Madagascar (Bourbon) Vanilla, Mexican Vanilla dan Tahitian Vanilla.Kesemuanya mempunyai nilai tinggi yang memcecah ribuan ringgit sekilo. Jadi ini yang memberi masalah kepada SUTRA kerana kos bahan mentah yang tinggi menyebabkan harga jualan produk tinggi. Jadi kami di SUTRA mencari alternatif untuk bekalan vanilla ini.vanilla 2

vanilla 3Hasilnya kami import vanilla dari Sulawesi tetapi harganya masih mencecah ratusan ringgit sekilo. Vanilla ini diekstrak oleh TBESB untuk mendapatkan extract cecair dan absolute yang mana hasilnya digabung untuk menghasilkan produk SUTRA. Bagaimana pun, pengekstrakan dilakukan dengan hati-hati dan tepat untuk mengelakkan pembaziran. Almaklumlah, kos.bahan mentah sangat mahal.

vanillaKenapa Vanilla?
1)Ekstrak vanilla mempunyai kandungan antioksida yang berfungsi menghalang tindakan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kulit
2) mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang.membantu membersihkan kulit
3) mempunyai ciri-ciri pelembab semujadi yang mampu memelihara kesihatan kulit kepala dan rambut.
4) baunya yang harum dan manis membantu dalam menghidarkan kemurungan dan tekanan perasaan.
5) baunya juga agak SENSUAL membantu dalam meransang penghasilan hormon testeron dan estrogen.

A’vera Conditioning Shampoo

A’Vera Shampoo

SHAMPOO AVERA FINAL-01Ramai di antara kita yang mengalami masalah rambut seperti rambut bercabang, rambut kering, kelemumur, rambut gugur, berminyak, rosak akibat pelunturan mewarnakan rambut, kegatalan kulit rambut, melurus atau mengerinting yang mendedahkan rambut kepada suhu yang tinggi atau akibat faktor pengambilan makanan dan persekitaran yang tidak sihat akan membuatkan seseorang berasa tidak selesa dan rendah diri apabila berhadapan dengan orang ramai.  Untuk mengatasi masalah yang sering di alami, Shampoo A’vera Keluaran SUTRA adalah gabungan formulasi yang unik bagi membantu membersihkan dan mengekalkan keseimbangan kelembapan rambut anda. Ia mengandungi Aloe Vera Extract, Wheat Protein, Minyak Kelapa dan Vitamin E untuk memulihkan semula kulit kepala dan rambut agar kelihatan bersinar selepas digunakan. Memberi kesan lembutan dan senang diuruskan walaupun tanpa menggunakan pelembut.

Mengandungi bahan-bahan semulajadi :

  • Aloe Vera Extract – Lidah buaya baik untuk menjaga kelembaban kulit kepala dan folikel rambut. Lidah buaya mengandungi lebih dari 20 mineral dan vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, dan E yang sangat baik untuk mengatasi rambut rosak. Selain itu, Lidah buaya juga mampu meransang pertumbuhan rambut dan folikel rambut dengan meningkatkan saluran darah ke akar folikel.
  • Cocamidopropyl betaine (coconut oil) – Manfaat dari minyak kelapa untuk rambut dapat membuat rambut lebih lembab, lebih lebat, sihat dan juga lebih kuat.
  • Cocodimonium Hydroxypropyl Hydrolyzed Wheat Protein – A’vera Shampoo menggunakan wheat protein kerana ia mampu untuk membaiki rambut yang rosak selepas pelunturan dan rawatan mengerinting. Memperbaiki tekstur rambut agar lebih terurus dan rapi sepanjang masa.
  • Tocopheryl Acetate (Vitamin E) – Minyak Vitamin E mempunyai beberapa manfaat untuk rambut. Selain meningkatkan peredaran darah di kulit kepala, minyak ini juga meningkatkan tekstur dan kualiti rambut. Ia digunakan secara meluas dalam rawatan rambut gugur dan gangguan kulit kepala yang lain. Vitamin E juga sangat bagus dalam meransang pertumbuhan rambut, mencegah uban pra-matang, menjadikan rambut lebih bersinar dan sangat bagus dalam pembaikan hujung rambut yang bercabang.
  • Tea Tree Oil – Bagi mereka yang memiliki kulit kering, minyak Tea tree dapat membantu melembapkan kulit. Kerana bersifat anti-bakteria, Tea tree oil sangat efektif dalam mengubati dan menyembuhkan berbagai infeksi kulit. Tea tree oil juga dapat membantu mengatasi kelemumur.